Kontinjen ISMA NS Meriahkan Konvensyen Pemikiran Imam Hasan Al-Banna

Pada 30 Januari yang lepas, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) telah mencatat sejarah dengan penganjuran ‘Konvensyen Pemikiran Hasan Al-Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa (KOBANNA)’ buat julung-julung kalinya di UNITEN, Bangi yang menyaksikan kehadiran hampir 3000 orang peserta dari seluruh pelosok negara. Kontinjen ISMA Negeri Sembilan turut memeriahkan program ini dengan penyertaan sekitar 400 orang peserta terdiri daripada ahli-ahli ISMA, mahasiswa-mahasiswi IPT, para pelajar sekolah dan juga masyarakat awam.

Konvensyen ini dianjurkan dengan objektif untuk memberikan kefahaman tentang manhaj perubahan Islam yang jelas, praktikal dan berkesan serta mengukuhkan kesedaran dan keyakinan mengenai pilihan penyelesaian Islam terhadap kemelut umat Melayu Islam hari ini. Majlis telah dibuka dengan ucapan alu-aluan daripada Pengarah KOBANNA iaitu Ustaz Wan Hisham bin Wan Embong. Ini diikuti dengan ucaptama sekaligus upacara perasmian oleh Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik bin Abdul Rahman yang menyentuh banyak perkara.

Menurut beliau, ISMA mengetengahkan pemikiran Hasan Al-Banna  di tengah-tengah kekacauan politik negara ketika ini kerana pemikiran dan formula perubahan umat  yang dikemukakannya kekal segar pada abad ini. Ustaz Abdullah Zaik juga menyeru bangsa Melayu agar bersatu di atas agenda membangunkan semula keperibadian bangsa yang hebat sebagai umat yang memiliki dan mendokong risalah Islam. Ucaptama Presiden diakhiri dengan simbolik perasmian konvensyen yang memaparkan tayangan multimedia berkaitan Imam Hasan Al-Banna.

Baca lagi »

KRIM NS Bersama Jayakan Kursus Nuqaba’ SMAP Labu

13-14 Januari – Seawal tirai tahun 2010 dibuka, Kelab Remaja ISMA (KRIM) Negeri Sembilan telah berkesempatan memenuhi jemputan bagi berkongsi maklumat dan pengalaman di Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu, Negeri Sembilan melalui Kursus Nuqaba’ SMAP Labu 2010. Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para naqib dan naqibah di sekolah tersebut tentang ilmu dan kemahiran berkaitan peranan dan pelaksanaan menguruskan usrah, kesedaran tentang kepentingan tarbiyyah islamiyyah serta melahirkan para naqib yang mempunyai akhlak mahmudah.

KRIM NS telah diberi tanggungjawab untuk menyampaikan dua slot pengisian semasa program ini berlangsung. Slot pertama bertajuk, “Usrah Efektif: Dari Zero ke Hero” telah disampaikan oleh YDP ISMA Seremban, Ustaz Mohd Azizee bin Hassan. Dalam slot ini beliau menjelaskan tentang kepentingan usrah dan bagaimana usrah mampu melahirkan insan-insan hebat yang memberi pelbagai sumbangan kepada agama dan masyarakat. Beliau turut mendedahkan kepada para peserta tentang betapa pentingnya peranan yang perlu dimainkan oleh para naqib dan naqibah untuk memberi kefahaman Islam kepada rakan-rakan pelajar melalui usrah.

Baca lagi »

Galeri ‘Konvensyen Pemikiran Hasan Al-Banna’

KOBANNA Mengangkasa dan Membumikan Pemikiran Imam Hasan Al-Banna

Konvensyen Pemikiran Hasan al-Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa (KOBANNA) telah mencetuskan satu anjakan baru ke arah merealisasi dan membumikan idea pemikiran Hasan al-Banna dalam realiti Nusantara khususnya bumi Malaysia. Relevansi pemikiran Imam Hasan al-Banna boleh dilihat dari ketiga-tiga pembentangan kertas kerja yang menjurus kepada analisa sosio-politik negara Mesir, sejarah pertembungan ideologi Barat yang ditunjangi oleh aliran Humanisme sehingga mencetuskan gerakan tajdid dan nahdah yang dipelopori oleh Hasan al-Banna.

Pembentangan kertas kerja oleh Ustaz Mohd Hazizi.

Tempoh hidup beliau yang singkat tetapi sarat dengan idea-idea pembaharuan dan perubahan telah mengesani geo-politik Mesir dan negara-negara Arab. Bahkan gagasan dan wawasan beliau menebar ke seluruh pelusuk benua mencecah 90 buah cawangan Ikhwan Muslimun. Beliau saya ibaratkan ’satu jiwa berjuta  hikmah… episodnya dahsyat full manfaat… wawasannya holistik dan memiliki idea broadfront (jalur ke depan), merentasi zaman dan umat’. Pemikiran beliau yang merentasi zaman dan keupayaan menganalisa waqie (realiti) adalah pra-syarat kejayaaan beliau mengemukakan projek membina peradaban. Kupasan ini boleh dilihat dari kertas kerja kedua  yang bertajuk “Pandangan Hasan al-Banna Terhadap Agenda Pembangunan Ummah dan Pelaksanaannya di Malaysia” yang saya sendiri bertindak sebagai moderator.

Baca lagi »

ISMA Seru Melayu Bersatu Bangunkan Keperibadian Bangsa

Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, Presiden ISMA

Bangi, 30 Januari – Orang Melayu diseru supaya bersatu di atas agenda membangunkan semula keperibadian bangsa yang hebat sebagai umat yang memiliki dan mendokong risalah Islam. Justeru itu Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman mengemukakan cadangan agar kelompok islamis dan nasionalis berdamai serta bersatu di atas agenda pembinaan bangsa tersebut.

Menurut beliau, kesatuan di atas satu agenda ini merupakan kefardhuan yang mesti dilaksanakan bagi menjayakan agenda Islam yang besar. Rentetan sejarah menunjukkan bahawa kepimpinan Islam sentiasa ditunjangi oleh satu bangsa yang kuat. Inilah agenda yang memerlukan orang Melayu bersatu di atasnya.

“Kita percaya bahawa projek atau agenda Islam di rantau ini tidak akan menampakkan cahaya selama orang Melayu yang merupakan penduduk majoriti beragama Islam berada dalam keadaan lemah dan dipolitikkan. Aibnya bukan kepalang apabila kita menjadi bangsa majoriti yang tidak memiliki kekuatan untuk membuat kata putus secara merdeka di bumi sendiri.”

Ustaz Abdullah Zaik menegaskan bahawa orang Melayu hanya mempunyai dua pilihan, samada bangkit bersatu di atas agenda ini atau terus berpecah dengan melaksanakan agenda orang lain. Perpecahan dan kepartian melampau yang melanda Melayu hari ini telah menyebabkan mereka hilang dominasi untuk menentukan kata putus sendiri, memaksakan kehendak serta mempertahankan kedudukan agama Islam dan ketuanan Melayu di negara ini.

Baca lagi »

ISMA New Zealand dan ISMA Seremban Perkukuh Ikatan

3 Januari – Alhamdulillah, ISMA Seremban baru-baru ini telah berbesar hati menyambut kedatangan rombongan ISMA New Zealand yang mengadakan program ‘road trip’ ataupun ‘jaulah’ ke Seremban. Jaulah ini telah disertai oleh 26 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang sedang menuntut di serata New Zealand dan kini sedang bercuti di tanahair, serta bekas-bekas pelajar New Zealand yang telah kembali ke Malaysia.

Rombongan ini telah bertolak dari Gombak ke Seremban kira-kira jam 11.00 pagi dengan konvoi 6 buah kereta dan singgah di destinasi pertama di Seremban iaitu rumah Naib Presiden I ISMA, Ustaz Abdul Halim Abdullah. Di sini para peserta berhenti untuk solat Zuhur dan makan tengahari, di samping mengambil manfaat daripada perkongsian yang telah diberikan oleh beliau.

Antara mutiara berharga yang sempat dikongsikan adalah tentang pentingnya seorang pelajar Muslim mempunyai perancangan untuk masa depan dan berfikir secara kreatif bagi menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Beliau turut menganjurkan agar bidang media dan ekonomi umat Islam diterokai dengan idea-idea baru dan bernas bagi menguatkan lagi kedudukan Islam.

Aktiviti ziarah diteruskan lagi dengan peserta lelaki ke rumah Prof. Madya Dr. Zainur Rashid Zainuddin, Naib Yang Dipertua ISMA Seremban, manakala peserta perempuan pula singgah ke rumah Ustazah Norlida bt Kamaruddin, Naib Ketua Wanita ISMA Pusat. Ustaz Mohd Azizee Hasan, Yang Dipertua ISMA Seremban dan Encik Omar bin Kassim, Setiausaha ISMA Seremban turut sama hadir di rumah Dr. Zainur Rashid bagi menyambut kedatangan rombongan ISMA New Zealand ini.

Baca lagi »

Ucapan Tahniah Buat Pasangan Rizaidi dan Ana Yasmin

Seluruh ahli ISMA Negeri Sembilan merakamkan ucapan tahniah buat pasangan suami isteri, Rizaidi bin Rohim dan Ana Yasmin bt Azmi serta seluruh keluarga atas kelahiran cahaya mata kedua mereka pada hari Isnin, 25 Januari 2010 yang lepas. Putera kedua mereka tersebut selamat dilahirkan dengan keizinan Allah SWT tepat pada pukul 9.20 malam di Hospital Columbia Asia, Seremban.

Syukur dipanjatkan kepada Allah yang telah memudahkan segala urusan kelahirannya. ISMA NS mendoakan agar putera yang dilahirkan akan membesar sebagai seorang mujahid dakwah yang bakal meneruskan perjuangan memartabatkan Islam insya Allah. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Saudara Rizaidi  dan isteri serta seluruh keluarga atas kehadiran cahaya mata yang menjadi amanah Allah ini. Semoga beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.

“Dan orang-orang yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya” (Ath-Thuur: 21).