BERITA BAIK UNTUK SEMUA REMAJA MUSLIM DI NEGERI SEMBILAN !
Bersempena kedatangan musim cuti sekolah, Kelab Remaja ISMA (KRIM) Negeri Sembilan akan menganjurkan program KEM REMAJA MUSLIM KONTEMPORARI 2008 seperti berikut:
Tarikh : 28 – 30 November 2008
Lokasi : Kem SMA , Kg. Gadong, Labu, N.Sembilan
Kumpulan Sasaran : Remaja Putera Sahaja (13 – 17 Tahun)
Yuran : RM 50.00 sahaja (3 Hari 2 Malam)
Objektif program:
- Memantapkan aqidah Islamiah dan mendorong pelajar untuk menjadi muslim sejati yang sentiasa membersihkan hati dan jiwa.
- Membentuk dan mengukuhkan lagi ukhuwwah Islamiah di kalangan remaja Putera Islam di Negeri Sembilan.
- Membentuk remaja muslim yang boleh berdikari, berdisiplin dan berakhlak mulia.
- Memberikan kesedaran untuk melahirkan remaja yang bersedia merubah diri ke arah yang lebih baik.
- Memperkenalkan KRIM sebagai salah satu wadah untuk menyatukan dan membina peribadi remaja ke arah cara hidup Islam.
Kepada semua ibu bapa di sekitar Negeri Sembilan dan kawasan yang berhampiran, hantarlah anak-anak remaja lelaki tuan ke program yang bertemakan “Remaja Muslim Kontemporari, Unggul Shakhsiah Diri” ini. Mudah-mudahan dengan usaha kita ini, Allah SWT merahmati kita semua. Borang penyertaan boleh diperolehi di bawah. Pastikan anda menghantar borang tersebut sebelum tarikh tutup penyertaan pada 23 November 2008.
Hubungi kami untuk pendaftaran dan pengesahan tempat atau jika terdapat sebarang pertanyaan tentang program ini:
En. Norhelmi Jamil
NO. HP : 019-2445736 / E-Mail : ibnujamil@yahoo.com
Us. Yusri Mohd Salleh
NO. HP : 012-6188038 / E-Mail : juliussalleh@yahoo.com
ANJURAN:
KELAB REMAJA ISMA (KRIM) N.SEMBILAN
www.krimns.wordpress.com
No. 32A, Jalan Bunga Raya 9
Senawang Business Centre
Taman Tasik Jaya
Difailkan dalam: Hebahan












Masihkah ada kekosongan untuk kem ni?
Cik Atul boleh hubungi En Norhelmi Jamil atau Ustaz Yusri Salleh spt di atas utk pertanyaan berkaitan kem ini termasuk kekosongan tempat. Terima kasih atas minat yg ditunjukkan.
assalamualaikum
PEMBINA-IPT (Shah Alam,
Klang) akan menganjurkan KEM
LEPASAN SPM 2008 siri 4.
Lokasi program di Kem
Raudhah, Gombak. Tarikh 26,27
dan 28 disember 2008.
sasaran 200 peserta seluruh
selangor
MOHON JASA BAIK UNTUK HEBAHAN
DAN MENDAPATKAN PESERTA
maklumat lanjut ,sila hubungi
Hairul Anuar 019-7980518
anwaruitm@hotmail.com
http://www.anwaruitm.blogspot
.com/
maklumat program
http://www.kemlepasanspm.blog
spot.com/
masih ada kosong..2 orang anak lelaki 14 dan 17 tahun minat untuk menyertai kem ini
kpd en rahim, kem ini sudah berlangsung pd november lepas. maaf, tetapi jika berminat sila kunjungi laman kelab remaja isma http://remajaisma.wordpress.com utk program2 yg serupa. bagi anak2 lepasan spm, boleh layari laman persatuan belia islam nasional http://www.pembina.com.my/ utk program kem lepasan spm. pastikan anda sentiasa bersama kami utk program isma ns akan datang.