Nabilah Huda Mendapat Rawatan Leukemia

img_04391Berita pelajar Malaysia di Jordan yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Islamic Hospital di Amman Jordan pada 11hb November 2008 telah menarik perhatian ramai pihak samada di Jordan mahupun di Malaysia sendiri. Saudari Nabilah Huda Binti Zaim (anak kepada En Zaim Shaari (gambar) – JKP ISMA) berumur 19 tahun adalah pelajar tajaan MAINS yang sedang menuntut di tahun 3 dalam jurusan Syariah di University of Yarmuk, Irbid yang terletak kira-kira 150 km ke utara dari Amman, Jordan.

Beliau yang selama ini tidak pernah membayangkan tanda-tanda yang tidak baik telah mengidap demam panas dan rasa keletihan selama hampir 2 minggu. Rawatan di beberapa klinik swasta di Irbid tidak menunjukkan sebarang perubahan malahan simptomnya semakin teruk. Beliau akhirnya telah dimasukkan ke Islamic Hospital, Amman untuk mendapat rawatan lanjut terhadap kesihatannya yang semakin meruncing. Nabilah telah dimasukkan ke ICU selama beberapa hari untuk bantuan pernafasan serta memerlukan penambahan darah dan beberapa ubatan yang lainnya. Kedua ibubapanya dari Malaysia telah diminta pergi ke Amman apabila diberitahui mengenai diagnosis leukemia yang memerlukan rawatan rapi.

Setelah 5 hari di hospital tersebut, beliau semakin stabil dan Nabilah telah dibawa pulang oleh ayah dan ibunya untuk menjalani rawatan seterusnya di Malaysia. Beliau telah dimasukkan ke Unit Hematologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 19hb November 2008 selama 5 hari. Keadaan Nabilah semakin baik apabila beliau telah diberikan satu rawatan ubatan yang agak terkini yang dikenali sebagai Gleevec.

Ini adalah pilihan terbaik jika dibandingkan dengan rawatan kemoterapi ataupun dengan pemindahan sum-sum tulang (Bone Marrow Transplant) bagi pesakit Chronic Myelogenous Leukemia (CML). CML adalah sejenis kanser sel darah putih yang dihasilkan dengan banyak oleh sum-sum tulang. Nabilah telah dinasihatkan agar mengambil pill Gleevec yang berharga RM 320 sebiji ini setiap hari buat sepanjang hayatnya melainkan sekiranya beliau didapati sesuai untuk menjalani pemindahan sum-sum tulang dari penderma yang bersesuaian dari kalangan adik beradiknya.

En. Zaim Shaari ketika dihubungi telah merakamkan rasa syukur kepada Allah swt dengan perkembangan yang agak positif pada kesihatan Nabilah namun beliau merasa agak terbeban dengan kos rawatan ICU di Islamic Hospital yang mencecah RM 30,000 serta kos rawatan bulanan pil Gleevec yang diperlukan oleh Nabilah yang mencecah lebih RM 9,000 setiap bulan. Sebarang sumbangan dari dermawan yang bersimpati bolehlah dibankkan terus ke akaun Maybank Zaim Shaari 162517025794…

Semoga Saudari Nabilah Huda dan keluarganya dikurniakan kesabaran dan ketabahan yang berpanjangan oleh Allah s.w.t sepanjang melalui detik-detik sukar ini.

Dr Zainur Rashid Bin Zainuddin
ISMA Cawangan Seremban

3 Respons

  1. salam.. semoga keluarga En Zaim diberi kekuatan oleh Allah untuk menghadapi ujian ini..
    Saya bukan nak berkempen, tp ingi mencadangkan En Zaim spy mencuba produk transfer factor utk rawatan anak kerana alhamdulillah 2 org pesakit leukimia sy tlh sembuh dan byk lg yg dirawat oleh kawan sya juga sembuh..Kita berikhtiar Allah jua yang memberi kesembuhan..

  2. Disyorkan minum TF Riovida , mungkin hanya RM2,000 bulan pertama , lepas tu boleh dikurangkan dosnya ke RM450 sebulan.

    Ramai pesakit leukemia yang telah mendapat manfaat dari TF Riovida, ia alami (natural) dan tidak ada kesan sampingan malahan lagi meningkatkan sistem imun badan.

  3. banyakan minum air epal hijau…pengalaman sahabat kita yang telah berjaya dan jangan lupa baca masmalah dan doa makan oleh anak dan sesiapa yang inggin memberi makan / minum kepada pesakit…kos pun murah…. bagus lagi jika ditambah makan banyak klorofil dari tumbuhan hijau ( jangan dimasak )…blend aja agar tetap asli, agar tidak hilang khasiat dan qulitinya….insyaALLAH.

Tinggalkan jawapan