Program Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1430H Anjuran Gabungan NGO Dakwah Negeri Sembilan

Sukacita dimaklumkan bahawa Pertubuhan Gabungan NGO Dakwah Negeri Sembilan akan menganjurkan “Program Sempena Maulidur Rasul 1430H” bersempena hari keputeraan Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW yang bakal menjelma. ISMA sebagai sebuah NGO Islam di tanahair turut bersama dalam Pertubuhan Gabungan NGO Dakwah NS, sebuah pertubuhan yang ditubuhkan untuk menyelaras sebahagian aktiviti dakwah di kalangan NGO-NGO dakwah di negeri ini. Berikut adalah maklumat lengkap berkenaan aktiviti-aktiviti yang disediakan sepanjang “Program Sempena Maulidur Rasul 1430H″:

1) PERTANDINGAN MELUKIS & MEWARNA

  • Tema: Kasih Sayang
  • Tarikh: 28 Februari 2009 (Sabtu)
  • Masa: 9.30 pagi – 12.30 tengah hari
  • Tempat: Pasaraya Giant, Senawang
  • Syarat-syarat Pertandingan:
    1. Terbahagi kepada 2 kategori: Melukis terbuka kepada pelajar berusia 9-10 tahun, manakala mewarna terbuka kepada pelajar berusia 6-8 tahun.
    2. Penyertaan percuma.
    3. Bahan-bahan lukisan hendaklah dibawa oleh peserta sendiri.
    4. Peserta diberi masa 2 jam untuk menyiapkan lukisan.
    5. Keputusan pertandingan akan diumumkan pada hari tersebut.
    6. Keputusan pihak penganjur adalah muktamad.

2) PERTANDINGAN BERCERITA

  • Tema: Kisah Sahabat Rasulullah SAW
  • Tarikh: 28 Februari 2009 (Sabtu)
  • Masa: 2.30 petang – 5.30 petang
  • Tempat: Pasaraya Giant, Senawang
  • Syarat-syarat Pertandingan:
    1. Terbuka kepada pelajar sekolah menengah yang berusia antara 13-17 tahun
    2. Penyertaan percuma.
    3. Peserta mestilah berpakaian sopan.
    4. Peserta diberi masa 3-5 minit untuk mempersembahkan cerita masing-masing.
    5. Markah dikira berdasarkan jalan cerita, gaya bahasa, intonasi dan pakaian peserta.
    6. Pertandingan akan diadili oleh 3 juri yang dilantik.
    7. Keputusan pertandingan akan diumukan pada hari tersebut.
    8. Keputusan pihak penganjur adalah muktamad.

Untuk penyertaan, pendaftaran atau sebarang pertanyaan berkenaan aktiviti-aktiviti di atas, tuan-puan boleh hubungi wakil-wakil ISMA iaitu Saudara M Razman Jalil (019-6531756) atau Saudara Omar Kassim (019-6699630). Sila nyatakan butiran-butiran diri seperti nama, nombor kad pengenalan/sijil kelahiran, alamat, nombor telefon dan penyertaan yang ingin disertai. Jom beramai-ramai memeriahkan “Program Sempena Maulidur Rasul 1430H Anjuran Gabungan NGO Dakwah Negeri Sembilan″.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: