Dapatkan buku terbaru hasil tulisan Prof. Madya Dr Zainur Rashid bin Zainuddin, Naib YDP ISMA Seremban dan Perunding Aman Palestin yang bertajuk ‘Palestin Dijajah: Di Manakah Solahuddinnya?’. Buku yang menghimpunkan pelbagai koleksi artikel berkaitan isu Palestin ini dinukilkan berdasarkan kajian, pengalaman dan pengamatan Prof. Madya Dr Zainur Rashid sepanjang penglibatan beliau dalam memperjuangkan agenda besar ummah ini. Untuk makluman, buku ini juga telah dilancarkan dengan rasminya oleh Tuan Hj Selamat bin Paigo, Pengarah JHEAINS pada 1 Ogos 2009 yang lepas sempena Malam Aspirasi Seni 2009: Bersamamu Palestin anjuran bersama ISMA Cawangan Seremban, JHEAINS dan MAINS.
Pastikan anda tidak ketinggalan untuk memiliki buku ‘Palestin Dijajah: Di Manakah Solahuddinnya?’ yang dijual dengan harga RM15.00 (tidak termasuk harga pos) ini. Untuk sebarang urusan pembelian atau tempahan, sila hubungi Aman Palestin Berhad seperti berikut:
AMAN PALESTIN BERHAD
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Tel: 03-89267019 (Pejabat), 018-2913501 (Pertanyaan), 017-8706062 (Pemasaran)
Fax: +6 03 8925 9963
E-mail: info@amanpalestin.org | amanpalestin@yahoo.com
Laman Web: www.amanpalestin.org
Sekitar Pelancaran Buku ‘Palestin Dijajah: Di Manakah Solahuddinnya?’

Tuan Hj Selamat menandatangani buku ‘Palestin Dijajah: Di Manakah Solahuddinnya?’.
Prof Madya Dr Zainur Rashid bergambar bersama Tuan Hj Selamat.
Difailkan dalam: Hebahan











