Berita penderitaan saudari Nabilah Huda binti Zaim (anak kepada saudara Zaim bin Shaari (gambar), ahli Jawatankuasa Pusat ISMA yang juga ahli ISMA Cawangan Seremban) yang menghidap penyakit leukemia sejak setahun yang lepas terus menarik perhatian ramai pihak. Terbaru saudari Nabilah Huda akan menjalani pembedahan pemindahan tulang sum-sum pada bulan Disember ini. Kos pembedahan ialah sebanyak RM70,000 (RM50,000 untuk pembedahan dan RM20,000 untuk rawatan susulan).
Sehubungan dengan itu, ISMA Negeri Sembilan dengan kerjasama Media ISMA telah melancarkan Kempen Tabung Bantuan Nabilah Huda sebagai usaha mengumpulkan bantuan kewangan untuk membiayai kos pembedahan beliau. Sumbangan ikhlas daripada para dermawan boleh disalurkan terus kepada akaun Maybank saudara Zaim bin Shaari, bernombor 162517025794. Untuk sebarang pertanyaan atau perkembangan lanjut, boleh berhubung terus dengan saudara Zaim di talian 013-3521226.
Saudari Nabilah Huda binti Zaim merupakan pelajar tajaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang sedang menuntut dalam jurusan Syariah di University of Yarmuk, Irbid yang terletak kira-kira 150 km ke utara dari Amman, Jordan. Meskipun mengalami penyakit leukemia, beliau tetap cekal dan bersemangat untuk meneruskan pengajian. ISMA Negeri Sembilan mendoakan agar saudari Nabilah Huda dan keluarganya dikurniakan kesabaran dan ketabahan yang berpanjangan sepanjang melalui ujian daripada Allah SWT ini.
Filed under: Berita Ahli








