Guru Memimpin Perubahan Menyongsong Kebangkitan

Guru Pelita Hidup

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam ukhuwwah buat warga pendidik sekalian.

Tanggal 16 Mei setiap tahun, para guru dan warga pendidik akan merayakan hari bertuah ini iaitu Hari Guru. Tidak dinafikan bahawa guru telah memainkan peranan penting di dalam negara dan masyarakat. Guru merupakan agen perubah dan pembangun generasi yang bakal mewarisi tampuk kepemimpinan negara dan umat melalui wadah pendidikan.

Sumbangan dan jasa guru di pelbagai institusi samada di peringkat tadika, sekolah atau universiti tidak ternilai harganya. Merekalah merupakan tulang belakang kemajuan dan keutuhan negara. Di atas pundak merekalah lahirnya para tokoh, para figur, para teknokrat, para usahawan, pekerja dan rakyat yang berjiwa mulia dan luhur.

Justeru, usaha memperkasakan profesion perguruan amat-amatlah dialu-alukan bagi menangani cabaran semasa dan tuntutan zaman. Hari ini para guru berdepan dengan pelbagai rencam masalah sosial di kalangan warga pelajar, isu PPSMI, pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dan usaha melahirkan pewaris kepemimpinan negara dan umat bertaraf dunia dan berminda kelas pertama.

Continue reading

Hebahan: Program Pemuafakatan Saudara Muslim

ukhuwah

Sukacita dimaklumkan bahawa Pertubuhan Gabungan Persatuan-Persatuan Dakwah Negeri Sembilan akan menganjurkan ‘Program Pemuafakatan Saudara Muslim’ pada 24hb Mei 2009 akan datang. Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) sebagai salah sebuah organisasi dakwah yang bergiat aktif di negeri ini turut bersama dalam pertubuhan gabungan yang ditubuhkan untuk menyelaras sebahagian aktiviti dakwah di kalangan NGO-NGO dakwah di Negeri Sembilan. Program Pemuafakatan Saudara Muslim ini akan berlangsung di Surau Haji Mohd Musa, Seremban Selatan antara jam 8.00 pagi hingga 2.30 petang.

Yang Berbahagia Ustaz Haji Muhammad Farid Ravi bin Abdullah (Pensyarah Kolej Universiti Islam Selangor) akan menyampaikan ceramah pada jam 10.30 pagi. Sebelumnya akan diadakan aktiviti melukis dan mewarna berdasarkan tema ‘IBU’. Dijangkakan sekitar 700 orang akan mengambil bahagian dalam program ini yang terdiri daripada penduduk setempat, saudara-saudara baru, para pemimpin masyarakat setempat dan aktivis-aktivis pertubuhan bukan kerajaan seperti Angkatan Belia Islam Malaysia, Jamaah Islah Malaysia, Ikatan Muslimin Malaysia, Majlis Madrasah India Muslim Malaysia, Pertubuhan Cina Muslim Malaysia, Yayasan Kasih Sayang  NS dan Persatuan Darussaadah NS.

Sehubungan itu, ISMA mewakili Pertubuhan Gabungan Persatuan-Persatuan Dakwah Negeri Sembilan menjemput seluruh muslimin dan muslimat, khususnya daripada kawasan yang berhampiran untuk  hadir beramai-ramai bagi memeriahkan lagi Program Pemuafakatan Saudara Muslim tersebut. Semoga Allah swt memperkasakan kesatuan hati di kalangan seluruh umat Islam dan melindungi kita daripada segala tipu daya musuh-musuh Islam. Ameen.

Ibu Oh Ibu…

ibu-dan-anak-2

Meraikan “Hari Ibu” pada tanggal 10 Mei setiap tahun adalah sebagai penghormatan dan tanda kasih sayang kepada insan yang bergelar ibu. Meraikan dengan memberi hadiah, mengirim kad ucapan atau makan bersama. Namun diharap ia tidak disalahertikan. Kerana Islam mengajar bahawa penghormatan dan melahirkan kasih sayang mahu pun ucapan terima kasih kepada ibu, tidak sepatutnya bermusim atau pada hari tertentu sahaja.

Untuk menzahirkan penghargaan terhadap jasa baktinya, ibu patut dihormati dan diraikan pada setiap masa. Malahan ia adalah satu keutamaan. Kasih sayang dan pengorbanannya memang tidak mampu kita balas. Bahagiakanlah hati mereka selalu. Elakkan mereka bersedih menitiskan air mata kerana kesal kecewa terhadap kita. Syurga di bawah telapak kaki ibu…

Banyak firman Allah di dalam al-Quran dan hadis sabdaan Rasulullah saw yang menyentuh tentang kewajipan mentaati dan berbuat baik kepada ibu bapa. Panjatkan doa kudus buat ibu…

“Ya Allah… ampuni dosa-dosaku dan dosa kedua ibu bapaku, dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku ketika kecilku…” Amin.

Ketika amal-amalnya terputus setelah kematiannya, doa anak-anak yang soleh adalah satu daripada tiga perkara yang menjadi amal berterusan. Betapa Allah amat menghargai hambanya yang bernama ibu bapa ini!

Inilah jual beli dengan Allah. Para ibu menjual masa rehatnya, mengerah tenaga, memberikan masa, pengorbanan dan seluruh jiwa raganya untuk anak-anak. Allah membayarnya dengan syurga.

Continue reading

Isu Palestin Terus Dijulang

PWTC dipenuhi ribuan hadirin

Kuala Lumpur, 9 Mei – Usaha memperjuangkan isu Palestin di kalangan rakyat Malaysia kini melalui dimensi yang baru dengan penganjuran ‘Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis’ hari ini. Syabas diucapkan kepada Aman Palestin Berhad dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) atas kejayaan membawa agenda ummah ini ke pentas Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Konvensyen ini adalah manifestasi keyakinan dan kesatuan umat Islam dalam berhadapan dengan agenda musuh yang sedang munuju detik-detik kehancuran. Demikian tegas Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, Pengerusi Aman Palestin dan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), semasa berucap di hadapan lebih 3000 peserta yang hadir dari seluruh pelosok tanahair.

Majlis perasmian ‘Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis’ ini telah disempurnakan oleh Sahibus Samahah Dr Juanda bin Jaya, Mufti Negeri Perlis. Beliau juga sempat merakamkan penghargaan kepada Aman Palestin dan PEMBINA atas inisiatif untuk menyedarkan masyarakat terutama golongan belia akan kepentingan Palestin di sisi umat Islam.

Continue reading

Siri MABIT ISMA Seremban Suburkan Amalan Qiam Dalam Masyarakat

“Wahai orang yang berselimut (Muhammad)! Bangunlah (untuk sembahyang) pada waktu malam, kecuali sedikit daripadanya. Iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu. Atau lebihkan (sedikit) daripadanya. Dan bacalah Al-Quran dengan ‘tartil’. Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu yang berat.” (Surah Al-Muzzammil: 1-5)

Allah swt telah mensyariatkan amalan qiam sebagai sarana untuk mempersiapkan jiwa manusia agar sedia melaksanakan perintah-perintah yang telah termaktub di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Atas kesedaran ini, ISMA Cawangan Seremban telah menganjurkan Siri Malam Bina Iman dan Takwa (MABIT) sebagai salah satu inisiatif bagi menyuburkan amalan qiam dalam masyarakat. Siri MABIT kali ini telah berlangsung pada 2 Mei 2009 (Sabtu) di Masjid Bandar Baru Senawang dan menghimpunkan ahli-ahli ISMA serta masyarakat setempat yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Program bermula dengan penyampaian kuliah Maghrib oleh Naib Presiden ISMA, Ustaz Abdul Halim Abdullah yang mengupas tentang kepentingan amalan qiam dalam pembinaan umat Islam yang sejahtera. Kepayahan untuk bangun di tengah-tengah malam bagi tujuan beribadah akan mendidik jiwa dengan nilai-nilai keimanan, seterusnya mengawal unsur-unsur akal dan nafsu supaya tunduk di bawah pengaruh hati. Sebaliknya kegagalan membudayakan amalan qiam bermakna kegagalan untuk melaksanakan perintah-perintah Islam, lantaran manusia hilang kekuatan diri yang hanya boleh diperoleh melalui ibadah qiam.

Continue reading

Quantum Dakwah dan Tarbiyah (Bahagian 1)

quantum1

Dakwah yang kita fahami ialah proses mengajak, menyeru dan membimbing manusia ke jalan Allah. Menyeru dalam erti kata membina asas-asas Islam dalam diri manusia dan meruntuh anasir-anasir jahiliyyah di dalam dirinya. Dakwah juga merupakan satu proses perubahan dan tranformasi dari segala rupa kebobrokan kepada pencerahan jatidiri hingga terbentuk satu ummah Islamiah.

Antara tujuan dakwah seperti yang dinyatakan oleh para ulama dakwah ialah:

1.    Membina masyarakat Islam.
2.    Islah masyarakat yang menyeleweng.
3.    Penerusan dakwah di dalam masyarakat bagi menjaga kesejahteraan.

Di dalam dunia yang serba maju ini, keperluan dakwah dan tuntutan melaksanakannya amat-amat diperlukan. Apatah lagi ketika ummah kini sudah kehilangan khilafah Islam. Dalam konteks ini sudah tentu usaha memugar dan membugar dakwah amat diperlukan bagi memastikan para aktivisnya terus relevan dan punya keupayaan (capability) dalam mengemudikan ruh dakwah.

Dakwah dimulakan dengan kerja keras para pelopor dakwah (founding father) sehingga terbina qaidah sulbah (tulang belakang) yang akan mewarisi dan meneruskan tugas dakwah tersebut. Perubahan-perubahan kehidupan menuntut kita membuat pemerhatian bahawa dalam kita menganjak dakwah ke dalam mihwar sya’bi (paksi masyarakat), maka kita perlu membuat re-orientasi di dalam dakwah dan tarbiyah agar dakwah tetap hidup dan para kadernya punyai energi.

Oleh sebab itu, di dalam dunia pendidikan dan business hari ini membicarakan tentang Quantum Teaching, Quantum Learning dan Quantum Bussines bagi mengembangkan produk dan metodologi agar mampu bersaing di pentas global. Sudah tentu dakwah amat lagi diperlukan.

Continue reading

Hebahan: Siri Roadshow Palestin Anjuran ISMA NS Sepanjang Mei 2009

poster-rapat-umum-gaza_warn11

Muslimin dan muslimat khususnya yang berada di sekitar Negeri Sembilan dijemput untuk sama-sama menjayakan “Siri Roadshow Palestin” anjuran ISMA Negeri Sembilan sepanjang bulan Mei ini. Siri jelajah ini diadakan bertujuan untuk memberi penjelasan kepada masyarakat, menyemarakkan kepekaan mereka terhadap permasalahan umat Islam di Gaza di samping mengumpul sumbangan untuk mangsa-mangsa keganasan Israel di Palestin.

•  Masjid Felda Jelai 3, Gemas
Anjuran: Masjid Felda Jelai 3 & ISMA Negeri Sembilan
Tarikh: 8hb Mei 2009 (Jumaat)
Masa: Selepas solat Maghrib
Agenda: Ceramah Palestin bertajuk ‘Palestin – Tanggungjawab Setiap Kita’ (oleh Prof Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin, Naib YDP ISMA Seremban) & Tayangan Multimedia

•  Hospital Tunku Ampuan Najihah, Kuala Pilah
Anjuran: Hospital Tunku Ampuan Najihah & ISMA Negeri Sembilan
Tarikh: 13hb Mei 2009 (Rabu)
Tempat: Dewan Mutiara, Hospital Tunku Ampuan Najihah, Kuala Pilah
Masa: Jam 3.00 petang
Agenda: Ceramah Kemanusiaan bertajuk ‘Kenapa Palestin Jadi Rebutan’ (oleh Prof Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin, Naib YDP ISMA Seremban)

Sertailah Siri Roadshow Palestin anjuran ISMA Negeri Sembilan ini sebagai tanda kepedulian dan sokongan untuk umat Islam Palestin yang masih lagi berterusan dibedil oleh rejim Zionis Israel. Semoga Allah SWT terus memberi kekuatan kepada saudara-saudara kita dalam menghadapi keganasan musuh-musuh Islam. Amin.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.