PENGENALAN
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif memainkan peranan di tengah-tengah masyarakat dengan hasrat membentuk dan membina masyarakat yang unggul dan gemilang. Untuk tujuan itu, ISMA mengajak masyarakat agar mengamal, dalam kehidupan seharian, ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP YANG UNGGUL DAN SEMPURNA!
ISMA merupakan sebuah entiti yang berdaftar dan tidak bermotifkan keuntungan. Dengan misinya untuk membina kekuatan keperibadian yang berpaksikan Islam serta penguasaan budaya ilmu, kehidupan sihat, perancangan dan teknologi, ISMA berazam untuk memberi impak kepada masyarakat melalui pelbagai program dan aktiviti. ISMA komited dalam mencapai matlamat penubuhannya di samping mempunyai ahli-ahli yang konsisten melaksanakan program dan aktivitinya.
ISMA berusaha mengajak masyarakat kepada kesejahteraan dan keutuhan keluarga sebagai aset kekuatan dalam pembentukan masyarakat kerana ISMA mahu mencorakkan bangsa ke arah kemajuan, berdaya saing dan mampu menjadi sebuah entiti yang mewarnai kepimpinan masa depan.
ISMA berhasrat untuk memikul amanah sebagai organisasi yang memberikan kebaikan kepada seluruh masyarakat sama ada dari segi aspek kebajikan sosial, pembangunan insan, kekeluargaan, pembangunan remaja, belia serta wanita.
ISMA bukan parti politik dan tidak akan terlibat dalam sebarang kegiatan politik kepartian.
ISMA Negeri Sembilan terdiri daripada satu badan perhubungan negeri dan tiga cawangan daerah iaitu ISMA Seremban, ISMA Port Dickson dan ISMA Kuala Pilah.
TUJUAN DAN MATLAMAT
- Menggabungkan dan menyatukan semua warganegara Malaysia yang berumur lapan belas (18) tahun ke atas dan beragama Islam dalam sebuah pertubuhan yang melaksanakan segala bentuk aktiviti dan program dalam bidang kebajikan, sosial, ekonomi dan pendidikan ke arah pembentukan peribadi Muslim yang berwibawa dan bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara.
- Menggembeling kepakaran dan pengalaman ahli‑ahli dan sukarelawan yang berminat ke arah berkhidmat untuk masyarakat di peringkat nasional dan antarabangsa.
- Mewujudkan sebuah pusat sumber sebagai tempat rujukan ahli dan masyarakat dalam proses penyelidikan dan pengembangan ilmu pengetahuan.
- Menjadi anggota kepada pertubuhan‑pertubuhan Islam di dalam dan luar negara yang mempunyai tujuan‑tujuan dan matlamat-matlamat yang sama dengan ISMA serta menerima keanggotaan pertubuhan‑pertubuhan tersebut.
- Menjalinkan kerjasama dan menjalankan aktiviti dengan pertubuhan‑pertubuhan di dalam dan luar negara dalam menjayakan matlamat dan tujuan ISMA demi kebaikan dan kepentingan masyarakat.
- Mewujudkan pusat‑pusat pendidikan dan latihan ke arah meningkatkan taraf sosio‑ekonomi ahli dan masyarakat.
- Menyedia, menerbit dan menyalurkan maklumat‑maklumat yang melibatkan kepentingan ahli dan masyarakat melalui saluran‑saluran media yang dibenarkan oleh pihak berkuasa secara kerjasama dengan pihak media massa di dalam dan luar negara.
- Menerima dan menguruskan sumbangan‑sumbangan sama ada dalam bentuk wang atau selainnya daripada ahli‑ahli ISMA sendiri (selain daripada yuran keahlian) atau daripada mana‑mana pihak individu atau institusi/syarikat/firma dari dalam dan luar negara dan sebagainya yang berminat untuk membantu ke arah pencapaian tujuan‑tujuan dan maksud ISMA.
VISI
ISMA Negeri Sembilan sebagai organisasi dakwah Islam yang syumul, berwibawa dan unggul di peringkat Negeri Sembilan.
MISI
Mempelopori agenda dakwah dan memimpin perubahan masyarakat melalui sistem pengurusan dan pengkaderan yang berkualiti bagi melahirkan masyarakat terbilang sebagai asas ke arah pembinaan tamadun Islam.
LAGU RASMI ISMA










Salam ziarah… Dapatkan buku-buku Islami secara online di Pustaka Iman http://pustakaiman.blogspot.com/ Penghantaran percuma untuk pembeli2 di sekitar Seremban
KRIM masih wujud?
Alhamdulillah Kelab Remaja ISMA (KRIM) semakin berkembang & aktif. Boleh ikuti perkembangan KRIM Pusat di http://remajaisma.wordpress.com/ atau KRIM Negeri Sembilan di http://krimns.wordpress.com/
Assalamulaikum…
Saya ingin bertanya, apakah cara untuk berdaftar dengan ISMA? Saya merumapakan pelajar UTM
Sdr Shahir,
T kasih kerana mengikuti perkembangan ISMA. Untuk mengenali ISMA, bergerak aktif dengannya dan mendaftarkan diri, saudara boleh menghubungi saya terus di talian 019-6699630. SU ISMA Seremban